Pengaruh budaya Durian

Bangunan Esplanade di Singapura, digelar "Durian"

Durian digelar sebagai "Raja Buah",[63] suatu label yang boleh dikaitkan dengan rupanya yang mengagumkan dan baunya yang kuat.[87] Di tempat asalnya Asia Tenggara, durian boleh dianggap makanan harian dan digambarkan dalam media tempatan menurut tanggapan budaya di kawasan itu. Durian menjadi simbol sifat subjektif kehodohan dan kecantikan dalam filem pengarah Hong Kong Durian Durian, dan menjadi nama panggilan watak protagonis eponim komedi TV Singapura Durian King lakonan Adrian Pang.[88] Begitu juga, bangunan Esplanade yang agak pelik bentuknya sering kali dipanggil "Durian" oleh penduduk tempatan,[88] manakala "Durian Besar" ialah gelaran bagi kota Jakarta, Indonesia.[89]

Antara nama yang disumbangkan Thailand bagi nama ribut taufan Pasifik Utara Barat ialah 'Durian',[90] yang dibersarakan selepas ribut kedua dengan nama ini melanda pada 2006. Sebagai buah yang disukai banyak binatang buas, durian kadangkala menandakan aspek kehaiwanan manusia yang telah lama dilupakan, seperti dalam legenda Orang Mawas di Semenanjung Malaysia dan Orang Pendek di Sumatera, kedua-duanya didakwa menjamu selera dengan durian.[91][92] Dalam filem animasi Geng: Misteri Hantu Durian pula, terdapat makhluk ganjil yang juga sukakan durian. Banyak tempat di Asia Tenggara dinamakan bersempena buah ini, seperti Durian Tunggal dan Durian Sebatang di Malaysia, dan Sungai Durian dan Durian Besar di Indonesia.

Dalam Bahasa Melayu juga, terdapat banyak peribahasa berkenaan durian, antaranya: "Durian runtuh", "Masak durian, masak manggis" dan "Seperti mentimun dengan durian".[93]

Di Barat, durian telah menjadi sinonim dengan makanan asing berasa kuat yang ganjil atau baharu bagi orang Amerika. Durian telah ditonjolkan dalam rancangan seperti "Bizarre Foods with Andrew Zimmern", "No Reservations with Anthony Bourdain" dan sebagai ramuan dalam "Chopped".

Rujukan

WikiPedia: Durian http://www.proscitech.com.au/trop/d.htm http://etext.library.adelaide.edu.au/b/banfield/ej... http://aciar.gov.au/files/node/598/mn114-part1.pdf http://southeastasianfood.about.com/od/malaysianfr... http://travel.asiaone.com/Travel/News/Story/A1Stor... http://www.bigfootencounters.com/creatures/mawas.h... http://lipis-ismail.blogspot.com/2007/07/tanaman-d... http://www.drhatta.com/2012/Dis12/PanasDurian.html http://www.foodmarketexchange.com/datacenter/produ... http://www.genefitnutrition.com/durian.pdf